Saturday, January 22, 2011

auratku perisaiku

..Assalamualaikum..
lately macam malas pulak nk buat post in english. hehe
tp insyAllah masa akan datang,akan disambung balik post in englishnya.





berbalik kepada topik post
this past few days,ety cam tertarik dengan topik ni
.aurat.
Allah suruh kita tutup aurat ni banyak sebabnya
paham paham sendirilah. paham kan?
dan tutup aurat ni bukan sekadar tutup rambut je. tahu kan?

ety ada la sembang dengan a few friends yang menghadapi masalah menutup aurat ni
2 orang ekceli. tp sembangan kitorang specified kepada aurat rambut ja
alasan mereka:

1.kalo mereka pakai tudung,kalo mereka buat jahat,takut akan memberi imej buruk kepada perempuan2 lain yang pakai tudung
2.mereka rasa kalo mereka pakai tudung sekarang,takut mereka tidak akan komited dan sekejap pakai tudung,sekejap xpakai.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :“Barangsiapa bertaubat kepada Allah sebelum matahari terbit dari barat, nescaya Allah akan menerima taubat orang tersebut.”
(Hadis Riwayat Muslim)

“Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa;” Ali-Imran ayat 133

Allah telah berfirman supaya kita menyegerakan perkara yang baik
ini ada sebab dan logiknya
bagaimana kalau esok matahari terbit dari sebelah barat?
xsempat dah nak bertaubat
nauzubillah
masa tu nak taubat pon dah xberguna
dah lama Allah bagi peluang nak bertaubat
jangan sebab nikmat dunia ni kita nak bertangguh
sekelip mata ja Allah boleh tarik nikmat tu semua.

kalau xpakai tudung tu,tiap2 hari risau rambut kerinting lah,luruslah,mengerbang lah
urgh,bad hair dayyy!!
tp kalau pakai tudung?
xpayah keluh kesah gelisah

hurm.
cuba kira balik dosa kalau xpakai tudung
sehelai rambut dah satu dosa
bila laki seorang dah tengok pon dah banyaknya
cuba kira berapa ramai laki jumpa sehari
kali pulak brpe hari,bulan,tahun? wOw!
kalau dosa tu boleh rasa beratnya,mesti senget dah bahu belah kiri tuh kan

korg tahu x?
wanita yang tidak menutup aurat rambut akan tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih di akhirat kelak. 
dan panas neraka tu berkali2 ganda lebih panas dri panas dunia. biasa dengar kan?
takut x? takut kan? kan?

Bila ayat menutup aurat turun sahaja semua wanita ketika itu tidak kira dari golongan Ansar mahupun Muhajirin dengan segera menutup aurat masing-masing. Yang ada di pasar, yang ada di rumah, yang sedang dalam perjalanan capai apa sahaja untuk menutup aurat masing-masing dengan SEGERA dan bukannya NANTI DULU. Yang tidak mendapat apa-apa mereka segera memalingkan muka menghadap dinding supaya tiada lelaki terpandang wajah mereka. Itulah kekuatan iman yang ada pada wanita-wanita ketika itu.
subhanAllah

bagaimana dengan wanita sekarang ini?
hurm.

oke. ini cakap pasal rambut je
belum pasal anggota badan lain lagi
jom selongkar

rasanya semua orang pon tahu kan aurat wanita adalah seluruh anggota badannya selain tapak tangan dan muka?
jadi kaki lengan dada leher semua xleh nampak
suara xboleh menggoda
rambut xleh bonggol
yang ketat,jom longgarkan
yang jarang,jom tebalkan
yang terdedah,jom tutupkan
sekarang ni orang ckp bila wanita pakai longgar ke tudung labuh tutup dada tu alim,ustazah
sedangkan ini kewajipan semua muslimat

hurm.
nak tahu x azab anggota lain y x ditutup?

-dada yang sengaja ditonjolkan supaya kelihatan seksi akan digantung atas api neraka dengan pusat dan buah dadanya diikat dengat rantai neraka sebagai penggantungnya
-betis dan peha yang sengaja diselak akan dipanggang. pedihnya xterkira

xcukup takut ke tu?

Daripada Abu Hurairah ra beliau meriwayatkan bahawa Rasulullah Saw telah bersabda :

"2 golongan yang termasuk dari kalangan ahli neraka yang tak pernah aku lihat iaitu yang pertama mereka yang memegang cemeti seperti ekor lembu (bentuk cemeti itu seperti ekor lembu yang berbulu-bulu dan berambut-rambut) dan mereka memukul manusia dengan cemeti tersebut.
Yang kedua adalah perempuan memakai pakaian tetapi keadaanya umpama telanjang (ketat), dan perempuan ini berjalan sambil berlenggang lenggok dan sanggul rambutnya umpama bonggol unta.Dan perempuan yang sebegini keadaanya tidak akan mencium bau syurga. Ketahuilah bau syurga sudah boleh diciumi dari jarak begini dan begini."

sedihkan sampai bau syurga pon xboleh bau
xkan tanak masuk syurga?
agak2 dah takut x sekarang?
xkan nak ikut fesyen sekarang sampai mengabaikan apa yang lebih hakiki
bukannya xboleh ikot fesyen langsung
tp biarlah mengikut hukum syarak
ajal itu kan ditangan Tuhan. 
macam mana kalau Dia nak tarik nyawa kita esok?

jom kita berubah
berubah perlu segara
biar sikit sikit slow slow
kena ikhlas,niat kena betul
kalau betul nak berubah,jangan biarkan diri dibelenggu dosa dah

p/s: kalau niat dah betul dan ikhlas,bila berubah pakai lebih baik,insyAllah akhlak kita pon berubah sama
takut orang mengata? mengumpat? xcantik?
xpe. biarlah kita mencari redha Allah daripada redha manusia
nescaya Allah akan memelihara kita <3
dan seindah indah perhiasan dunia adalah wanita solehah

11 comments:

Zero said...

Betul, betul, betul! XP

Pernah sekali terbaca satu poster dalam surau wanita mengenai cara memakai tudung yang betul. Patutlah kalau pakai tudung, tak boleh nampak sanggul. But why? Bukan bertutup juga ke?

I'm just curious, because some women wear their head shawls like that.

etykus said...

why? wallahualam. His rules,only He knows why. i haven't researched that deep.

but in my opinion,when u wear like that,its just the same as if u r showing off ur hair. macam pakai baju tapi nmpak bentuk badan. ni pakai tudung nampak bentuk rambut.

kan? :)

ainur said...

me gusta mucho!
biar nampak pelik pakai tudung labuh,semua bertutup. biar orang cakap kite ni lapuk,tak ikut perkembangan fesyen. hakikatnye, islam tu datang dalam keadaan asing and akan kembali dalam keadaan asing juga. (;

etykus said...

ya, benar mi amor! :D

Zero said...

Oh, I see. Haha. Thanks! :)

Tapi kadang-kadang mereka ikut aliran fesyen tapi tidak mengikut landasan Islam kan? :P

Style tudung hebat-hebat, tapi ternampak leher. Betul ke tu?

etykus said...

ur welcome :)

haa. sangat xbetul. so tugas kita sebagai saudara islam,kita kena la tegah menggunakan tangan,mulut atau hati. tapi tegah menggunakan hati adalah selemah-lemah iman. kita buat la apa yang termampu :)

Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesiapa yang berdoa bagi saudara Islamnya dengan tidak setahu saudaranya yang tersebut, berkatalah Malaikat yang ditugaskan untuk itu: 'Aamin', dan engkau pula akan beroleh seperti itu juga."

Zero said...

Yup! Amar makruf nahi mungkar! :P

Anonymous said...

betol2..pakai tudung labuh..kita ikut islam..bukan islam ikut kita..

etykus said...

takutkan sebab aurat je banyaknye dosa dapat. belum kira dosa dosa lain lagi. semayang pon taktahu diterima ke x. kalau dah tutup aurat tu,kurang cket beban dosa kan.

Hafriz Mohamad said...

Aurat seseorg Wanita adalah Mahkotanya.. dan Suami yg Soleh adalah Perisai kesuciannya..

^_^ truskn mnggarap tinta dakwah.
Salam mujahadah.

etykus said...

hafriz: likenya komen anda ni :) harap harap blog ni dapat membawa kebaikan n bukan hanya suka suka je.
salam mujahadah juga.. ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...