Monday, January 31, 2011

isu itu ini. sana sini.. baca jelahh.

..Assalamualaikum..

"Bagi seseorang yang memang ada kesedaran beragama dan berpegang teguh pada agama, maka hendaklah dia menutup aurat dengan sempurna. Bagi yang belum ada kesedaran, tapi memakainya disebabkan untuk nampak cantik, nampak bergaya dsb, maka pakailah sekadar kemampuannya.. Ini adalah lebih baik daripada langsung tak pakai tudung…

Kaedah bertudung juga kita perlu fahami… bukanlah maksud menutup aurat tu adalah memakai tudung bulat ke, tudung bawal ke, tudung periuk ke.. tapi bermaksud menutup.. walau dengan apa bahan sekalipun… kalau org kampung zaman dulu2, kaum wanita menutup kepala dengan kain batik.. Kalau di sebelah Afghan, diorg tutup dengan kain labuh… kadang2 terbuka, kadang2 tertutup.. berbeza dengan tudung yg dipakai oleh orang Melayu Malaysia, siap ada pin2 bagai… Jadi, kaedah pemakaian mahupun jenis tudung itu sendiri bukanlah menjadi persoalan… Asalkan menutup aurat, jalan je..

Berkenaan dengan tudung shawl ni plak, sama juga dengan tudung2 lain… yg pentingnya menutup aurat.. itu yg utama.. bila dah istiqamah bertudung, maka boleh la nak fikir pasal labuh, kemudian pasal warna dsb.
Kalau takde keinginan nak menutup aurat, dan digalakkan dgn fesyen2 yg nampak cantik, ranggi dsb.. maka tiada salahnya menggunakan alasan itu dulu… Umpama seorang budak yang malas belajar.. dijanjikan dengan hadiah2 kalau lulus periksa, maka tak jadi masalah.. sbb bukan tahap budak2 tu lagi nak fikir soal ikhlas ke, apa ke.. sbb keinginan nak belajar pun beliau takde..

Jadi, pandangan Ustaz Love takde la liberal… hukum menutup aurat tu wajib… tapi, kalau sesiapa yang dgn bertudung fesyen ini menjadikan beliau istiqamah bertudung, maka teruskan la… Sampai ke satu tahap, kita pergi ke tahap labuh plak.. pastu ke tahap warna yg tak menarik perhatian plak.. Bak kata Mydin “Naik tangga jangan berlari nanti jatuh”…
Kalau kehidupan dunia, kita nak semakin maju (daripada naik bas, nak naik motor.. pastu nak beli kereta.. pastu nak beli bas), maka dalam beragama pun kita kena ada keinginan sebegitu… Kalau dulu pakai tudung bawal, maka naik la tahap sikit pakai tudung jaws ke, tudung paus ke… Kalau dulu, solat berjemaah cuma seminggu sekali, naikkan la tahap sikit.. seminggu dua kali ke.. hinggalah akhirnya mencapai matlamat tertinggi iaitu solat berjemaah setiap waktu…"


dipetik dari blog cik qisya
rujuk blog beliau untuk lebih kesedaran
suka betol baca entri qisya yang bagi nasihat suma nih
direct and straight to the point

blog encik hakim pon boleh tahan jugak
simple dan menarik :)

okayyy.. balik kepada perenggan di atas
lagi lagi isu aurat ni
ety pon ada post dah pasal ini di sini
busan laa. emm. busan ke?
sebenarnya nak bagi peringatan dan kesedaran ni bukan senang
bukan semua orang terima peringatan kita
kadang kadang tak ada yang terima pon
macam masuk telinga kiri,keluar telinga kanan je
kalau dye baca,masuk mata kiri,keluar mata kanan pulak
eh,ada ke macam tu? hehe :P
tapi persaan bila orang xterima nasihat kita tu kan,pergh
kecewa betol. siyes
lagi lagi kalau kawan baik kita
tapi kita tak boleh putus asa
nak nasihat,tolong orang kena istiqamah
kita nak sama sama jumpa di akhirat sana kan?
ukhuwah fillah abadan abada

okay,ini macam dua topic dalam satu entri sudah
xpe la ye?
kill two birds in one stone :)
tapi bunuh burung saja saja,xbaek tau
jangan buat
nyawa itu hak milik Allah sahaja

rasa macam nak membebel lagi
tapi update lama lama xsedap la pulak sebab exam dah dekat
countdown lagi 7 hari :S
halamakk. gud luck ety 
xmalunye gud luck kat diri sendiri
halamak.. melalut lg. sory!

sekian


8 comments:

lindariepin said...

ety... nice info...
tq coz kongsi2 ilmu yg ada...
bertudung biar menutup segalanya.. n bukan hanya nak melawa.. kan kan kan... :))

etykus said...

ur wc :) ya betolll.. kita buat apa pon kena niat kerana Allah swt.

Anonymous said...

yup,,kne istiqamah...thans ety..like you!

etykus said...

ur welkam qisya. like you too! :) sam sama kita berusaha menjadi hamba yang lebih baik.

nazirulhazwan~ said...

knp isu aurat jer yang timbul isu orang tak solat tak pernah nak timbul??haaaaa, jawab2;p

etykus said...

hahaha. nak jawab la nii~ sebab isu aurat ni mmg kita nampak jelas dan nyata merata2. xkira yang pakai tudung je,y pakai baju n tudung xikut ketentuan sepatutnya pun dah ramaii sgtt.

bila solat,ikut waktu2 sendiri. kita xnmpak. walaupun sebenarnya ramai jugak yang tinggal smbhyg ni. kadang ety pegi alamanda time smyg jumaat,ramai je laki steady je shopping,mkn ,jalan2 kat sana. hoho. panjang lebar pulak jawab nih :P

CikguAreefNaim said...

salam,

tq sudi singgah blog sy...

menutup aurat tu mmg wajib... satu perkara yg ramai org bertudung tak tahu ialah bahagian bawah dagu tu hendaklah ditutup sehingga hujung dagu, (ada yg pakai kekek)... bagaimana klu kita di dalam solat, ramai yg tidak menutup telekung yg dipakai hingga ke hujung dagung, hanya menutupi sebahagian dagu sahaja...

alasan, aku tak pakai tudung tp hati aku baik... walau sebaik mana pun anda, anda tidak terlepas drpd balasan akibat tidak menutup aurat...

renung2kan dan selamat beramal...

ainur said...

lame tak singgah blog u. rindu~ (;

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...